CSR Koswip, Majlis Iftar Ramadan 2026 Bersama Anak-Anak Yatim
Telah berlangsung Majlis Iftar Ramadan Bersama Anak-Anak Yatim Berkeperluan Taman Seroja yang diadakan di Balairaya Taman Seroja.
Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Seroja (PPTS) sebagai salah satu inisiatif kebajikan sempena bulan Ramadan Al-Mubarak.
Seiring dengan komitmen berterusan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR), Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad (KOSWIP) telah mengambil kesempatan untuk menyalurkan sumbangan bagi menjayakan program tersebut.
Cek sumbangan telah diserahkan kepada Yang Dipertua Persatuan Penduduk Taman Seroja, Encik Azmi bin Mohd Yasin, melalui Setiausaha KOSWIP Kawasan Sepang, Encik Ramli bin Mahmood.
Pada kesempatan yang sama, Setiausaha KOSWIP Kawasan Sepang turut menyampaikan penerangan ringkas mengenai peranan, fungsi serta kelebihan keanggotaan KOSWIP kepada para hadirin.
Pihak Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Seroja merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan.
Semoga Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad terus maju dan cemerlang dari segi prestasi kewangan, pertambahan keahlian serta terus aktif menyumbang dalam aspek sosial dan kerohanian demi kesejahteraan masyarakat.
“Bersama Memperkasa Ekonomi, Memakmurkan Komuniti.”








