Umum

Majlis Kerjasama Strategik, Penghargaan & Persaraan KOSWIP: Perkukuh Kerjasama, Hargai Jasa

📅 28 Ogos 2026 ✍️ Admin KOSWIP
Majlis Kerjasama Strategik, Penghargaan & Persaraan KOSWIP: Perkukuh Kerjasama, Hargai Jasa

Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad (KOSWIP) baru-baru ini telah menganjurkan satu majlis istimewa yang menghimpunkan tiga acara utama. Majlis yang dihadiri oleh Pengerusi KOSWIP, Dato' Khairul Walid bin Mohamed, barisan Anggota Lembaga, rakan strategik, serta kakitangan ini menyaksikan pelbagai detik bermakna untuk koperasi dan anggotanya. Acara dimulakan dengan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama CelcomDigi dan MODENAS bagi memperluaskan jaringan strategik serta menawarkan peluang dan manfaat baharu kepada anggota KOSWIP, diiringi dengan penyampaian cenderahati sebagai simbolik jalinan kerjasama tersebut.

Selain memeterai kerjasama untuk masa hadapan, majlis turut memberi penghormatan kepada mantan Anggota Lembaga, Pengerusi, dan Setiausaha Kawasan atas segala jasa serta komitmen mereka yang menjadi asas kejayaan KOSWIP hari ini. KOSWIP juga meraikan kakitangan yang bakal bersara menerusi penyampaian hadiah persaraan dan acara memotong kek sebagai tanda penghargaan terhadap khidmat bakti serta kesetiaan mereka sepanjang bertugas. Majlis diakhiri dengan jamuan makan dalam suasana mesra dan penuh kekeluargaan, mencerminkan komitmen KOSWIP untuk terus melangkah maju demi kesejahteraan seluruh anggotanya.

img_1788829154__jRSfolVK-1x.jpg
img_1788829180_6GSnmRl7gd4_.jpg
img_1788829191_ZBDMLV3LioD2.jpg

← Kembali ke Senarai Berita
Utama Borang FAQ Lokasi WhatsApp