Majlis Iftar Ramadan 2026 di Surau Al-Islamiah
Surau Al-Islamiah, Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad telah menganjurkan Majlis Iftar Ramadan yang berlangsung dalam suasana penuh keberkatan dengan kehadiran warga kerja serta tetamu jemputan terdiri daripada Anggota Lembaga , pengerusi dan setiausaha kawasan, Jawatankuasa Audit Dalaman KOSWIP, jawatankuasa KOSNITA dan kakitangan KOSWIP.
Majlis dimulakan pada jam 6.30 petang dengan bacaan doa dan seterusnya, Pengerusi Surau Al-Islamiah, En. Mohd Nawawi bin Mat Idris menyampaikan ucapan alu-aluan sebelum majlis dirasmikan oleh beliau menggantikan Pengerusi KOSWIP, Dato Khairul Walid bin Mohamed yang tidak dapat hadir atas urusan rasmi kerja.
Dalam majlis yang sama, KOSWIP Trading turut menyampaikan sumbangan kuih raya kepada anak-anak warga KOSWIP sebagai tanda penghargaan dan berkongsi kegembiraan menjelang Aidilfitri.
Para hadirin kemudian berbuka puasa sebelum menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fakhruddin dari Masjid Al-Taqwa. Majlis diteruskan dengan jamuan berbuka dan moreh sebelum berakhir sekitar jam 10.00 malam.
Majlis ini menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim serta mengimarahkan bulan Ramadan dalam kalangan warga KOSWIP.


