Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Rumpun Selangor Tahun 2025
KOSWIP, 13 Januari 2026 - Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad atas kejayaan cemerlang dinobatkan sebagai Koperasi No. 1 di Negeri Selangor. Pencapaian berprestij ini merupakan pengiktirafan tertinggi terhadap kecemerlangan tadbir urus, keutuhan pengurusan serta komitmen berterusan KOSWIP dalam memperkasa gerakan koperasi.
Majlis penyampaian anugerah yang penuh bersejarah ini telah berlangsung di Hotel Wyndham Acmar, Klang. Majlis ini merupakan anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sempena Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Rumpun Selangor Tahun 2025
Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Rizam bin Haji Ismail, EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Negeri Selangor, yang mewakili YAB Datoโ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor.
Anugerah tersebut telah diterima oleh Datoโ Khairul Walid bin Mohamed, Pengerusi KOSWIP, bagi pihak seluruh barisan kepimpinan, pengurusan serta anggota KOSWIP. Kejayaan ini jelas mencerminkan kepimpinan berwawasan serta hala tuju strategik yang mantap dalam memacu KOSWIP ke arah kecemerlangan berterusan.
Turut mengiringi penerimaan anugerah ialah Naib Pengerusi KOSWIP, Mohd Nawawi bin Mat Idris, Bendahari KOSWIP, En. Mohd Noh bin Chik@Chick, Setiausaha KOSWIP, En. Azlan bin Alias serta En. Roslan B. Nasir, wakil pihak pengurusan.
Pengiktirafan ini bukan sahaja menjadi lambang kebanggaan warga KOSWIP, malah mengukuhkan kedudukan KOSWIP sebagai sebuah koperasi unggul, progresif dan diyakini di peringkat negeri. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar pencapaian lebih besar demi kesejahteraan anggota dan pembangunan ekonomi koperasi di masa hadapan.




