Umum

KOSWIP Meriahkan Program Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2026

πŸ“… 14 September 2026 ✍️ Admin KOSWIP
KOSWIP Meriahkan Program Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2026

Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad (KOSWIP) telah berjaya menyertai Program Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2026 pada 12 dan 13 September 2026 sempena sambutan 67 Tahun Parlimen Malaysia. Penyertaan ini menjadi platform terbaik untuk memperkenalkan KOSWIP secara lebih dekat kepada orang ramai, merangkumi maklumat keanggotaan, kemudahan pembiayaan, serta pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Program bersejarah ini turut disokong oleh kehadiran Pengerusi KOSWIP, Dato’ Khairul Walid Mohamed, yang bersama-sama pasukan sepanjang program berlangsung. Selain itu, KOSWIP berbesar hati menerima kunjungan istimewa ke booth pameran daripada Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato' Dr. Johari bin Abdul, serta Setiausaha Dewan Negara, Tuan Muhd Sujairi bin Abdullah. Kejayaan pengendalian kiosk ini juga diterajui oleh komitmen tinggi Pn. Nor Azlina (Setiausaha Kawasan KL 6) dan seluruh jawatankuasa yang terlibat.

Penyertaan julung kali ini diharapkan dapat terus meningkatkan keterlihatan KOSWIP, memperluas jaringan kerjasama, serta membuka lebih banyak peluang untuk mendekati anggota dan masyarakat awam.
img_1789368820_tAXuJDkogG4v.jpg
img_1789368836_VWz77Z1T3zm-.jpg
img_1789368845_Th7RdmI7JH8K.jpg

← Kembali ke Senarai Berita
Utama Borang FAQ Lokasi WhatsApp