KOSWIP bersama Program Kembara Amal Merdeka 2026
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2026, Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad (KOSWIP) telah menyertai Program Kembara Amal Merdeka anjuran Kelab Sukarelawan Sepakat Malaysia (KSSM) dengan kerjasama Perwakilan KOSWIP Kawasan 13 bagi menyantuni masyarakat Orang Asli. Program ini dihadiri oleh jajaran kepimpinan KOSWIP yang diwakili oleh Naib Pengerusi, En. Mohd Nawawi bin Mat Idris, Setiausaha, En. Azlan bin Alias, serta Anggota Lembaga, En. Roslan bin Maidin dan Tn. Hj. Ruslan bin Alias yang mewakili Pengerusi KOSWIP.
Sebagai sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR), KOSWIP telah menyampaikan sumbangan bakul makanan bagi membantu keperluan harian penduduk setempat di samping menjayakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Suasana program turut diakhiri dengan detik menyentuh hati apabila seorang penduduk setempat memilih untuk memeluk agama Islam, di mana lafaz dua kalimah syahadah telah dibimbing terus oleh En. Mohd Nawawi bin Mat Idris. KOSWIP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak KSSM, Perwakilan Kawasan 13, serta para sukarelawan atas usaha bersama dalam mengeratkan silaturahim dan menyemarakkan keprihatinan sesama masyarakat.

