Umum

Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad (KOSWIP) Tunai Zakat Perniagaan RM541,031.00

📅 08 September 2026 ✍️ Admin KOSWIP
Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad (KOSWIP) Tunai Zakat Perniagaan RM541,031.00

Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad (KOSWIP) terus menyerlahkan komitmen terhadap tanggungjawab syariah dan sosial apabila menyerahkan Zakat Perniagaan berjumlah RM541,031.00 sempena Majlis Zakat Perniagaan Koperasi 2026 di The Everly Hotel, Putrajaya. Penyerahan simbolik ini telah disempurnakan oleh Pengerusi KOSWIP, Dato' Khairul Walid bin Mohamed, dengan diiringi barisan Anggota Lembaga KOSWIP.

Majlis berprestij ini telah dirasmikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), serta turut dihadiri oleh YB Puan Marhamah Rosli (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan bin Jalal (Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia), dan Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki bin Saleh (Ahli Lembaga Pengarah Pusat Pungutan Zakat).

Secara keseluruhannya, acara ini berjaya menghimpunkan 15 buah koperasi dengan jumlah zakat perniagaan terkumpul sebanyak RM7.986 juta. Penunaian zakat ini bukan sahaja memastikan hasil perniagaan KOSWIP dikembalikan kepada masyarakat melalui saluran yang betul, malah diharap terus membawa keberkatan kepada seluruh anggotanya serta memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan. img_1788917314_NP4s4GLfxja_.jpg img_1788917330_c61eiseGCfTB.jpg img_1788917343_yA529DiOCCjY.jpg

← Kembali ke Senarai Berita
Utama Borang FAQ Lokasi WhatsApp